Selasa, 31 Disember 2013

UJIAN KE ATAS PERAWAT ISLAM ( KISAH BENAR DISIHIR & DISANTAU )

As Salam, 2001 bersamaan 14 Ramadhan selesai azan asar ayah saya yg dikasihi tlh kembali kpd pencipta Nya,10 hari kemudian saya sbg anak yg sulung tlh bermimpi bertemu arwah ayah saya yg tersenyum kpd saya sambil memimpin tangan ibu saya yg masih hidup di dlm ruang yg amat putih. Sbg anak lelaki sulung dlm keluarga, pengganti bapa, saya sedar kewajipan tanggungjawab memelihara SYURGAku ibuku di dunia yg fana ini kini menjadi amanah saya mencurahkan sebaik- baik kasih sayang saya anak kpd ibu saya sbg titian sirat ke SYURGA ALLAH di akhirat yg abadi, in sha Allah. Di dlm mimpi tersebut di luar ruang yg amat putih saya tlh melihat Ka' abah yg bercahaya gilang- gemilang dgn Nur kalimat LA ILAHA ILLALLAH di tingkatan teratas & di tingkatan bawah LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAHIL ' ALIYIL 'ADZIM. 100 tingkatan kesemuanya ber Nur gilang- gemilang dgn 100 kalimat- kalimat agung Allah di setiap keempat- empat penjuru.

Terbangun dari tidur saya bertafakur, terpegun, menyemadi fikiran, menghening cipta mula mencari diri roh & jasad saya sebenarnya sbg makhluk yg menyembah Khalik Nya. Selama 2 tahun saya tekun berzikir dgn 2 kalimat tersebut mengisi kekosongan jiwa rohaniah & jasmaniah saya terus mencari jawapannya berdoa kpd Allah memohon pertunjuk apakah sebenarnya yg dilihat oleh saya di dlm mimpi saya 4 penjuru Ka' abah yg bercahaya gilang- gemilang dgn Nur di setiap permukaan penjurunya 100 tingkatan kalimat- kalimat agung Allah berbentuk laci (pintu hikmah) yg boleh dibuka setiap lacinya.

Di samping amalan mengamalkan Bismillah 6 dibaca 33 kali selepas solat subuh saya pun tekun mengamalkan menzikirkan kedua- dua kalimat tersebut di atas dgn niat utk mencari jawapannya. 2 tahun kemudian menjelang subuh 10 hari malam terakhir bulan Ramadhan saya tlh bermimpi yg selama ini saya cari itu sebenarnya ialah Perbendaharaan Allah yg terletak di Arasy. Subhanallah, maha suci Allah yg memberi pertunjuk & hidayah kpd sesiapa yg dikehendaki Nya.

2007 saya tlh disantau angin, ibu sgl sihir walaupun pd dasarnya saya tidak akan terkena santau krn saya pengamal Bismillah 6. Saya sedar dgn izin Nya saya tlh diuji Allah utk mempertingkatkan keimanan & ketakwaan saya kepada Nya. Selesai solat maghrib saya berkata pd isteri saya, saya disantau tindakbalas bisanya amat cepat kuku jari tangan & kaki saya mula menghitam, di cermin kedua- dua bibir saya mula menghitam & kulit tubuh saya mulai menghitam. Allah mengilhamkan pd saya utk bersolat hajat memulangkan santau kpd yg menghantarnya krn santau dapat dipulangkan di peringkat awal sekiranya kita menyedari diri kita disantau.

Ujian sebenar keimanan tlh bermula yg mengubah kehidupan saya di hari muka dgn diri saya disyirik dgn anasir- anasir ghaib yg menganggu roh saya krn sihir menyerang roh, sdgkan penyakit menyerang jasad. Utk mengangkat takbir niat solat hajat, keimanan diri benar- benar diuji diganggu shg lidah amat keras kelu tergetar- getar utk bersuara memulakan lafaz Bismillah surah Al- Fatihah, bermandi peluh & bergetar- getar seluruh anggota daging badan tidak terdaya utk melaksanakan solat hajat. Ketika inilah zikir Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adzim yg diamalkan membantu saya, tidak ada daya & kekuatan, hanya daya & kekuatan Allah yg maha Tinggi & maha Besar.

Di dlm jiwa saya berkata jangan sesekali menyerah, selagi hidup terus beristiqamah perjuangan menentang, membinasakan syaitan & iblis, manusia fasiq yg mengamal ilmu hitam wajib diteruskan. Jihad fisabillillah, hidup dlm kalimah, mati dlm kalimah. Saya yakin & percaya apabila saya menanamkan jihad fisabillillah di dlm diri saya Allah akan sentiasa membantu saya shg ke akhir hayat. Keyakinan saya kpd Allah sentiasa membantu saya shg ke hari ini tidak pernah goyah walaupun sebesar zarah. Sekiranya ditakdirkan mati, mati krn menegakkan Islam ke jalan Allah.

Allah ilhamkan masukkan kitab surah Yaasiin ke dlm poket atas kiri baju, badan yg terketar- ketar beransur kurang ketarnya & lidah yg keras utk bersuara melafaz Bismillah beransur kurang keras tergetar- getar sekatnya utk mengeluarkan suara. Allah ilhamkan pula naikkan kedua- dua telapak tangan menekan ke atas kitab surah Yaasiin di dlm poket kiri baju ke dada, badan yg tergetar- getar semakin kurang getarnya & bacaan surah Al- Fatihah yg tergetar-getar sekat suara semakin bertambah kurang sekat suara ttp masih bermandi peluh utk menyempurnakan solat hajat. Akhirnya Allah ilhamkan tambahkan shg 7 kitab surah Yaasiin lembaran depannya dimasukkan ke dlm poket atas kiri baju menghadap ke atas kalbu hati dada kiri diikat sekuat- kuatnya semampat- mampat ke atas dada kiri dgn tali pinggang, solat hajat 2 rakaat berlanjutan lbh dari sejam, disempurna dgn bermandi peluh yg membasahi kuyup baju, kain & peluh badan yg menitis- nitis lbh dari titik- titik air pili yg melekat di badan selepas mandi.

Selesai solat hajat kudrat badan terasa amat letih seletih- letihnya tiada daya tenaga utk bergerak. Stlh merasai keperitan diri disantau terlintas di hati saya pokok doa permohonan saya kpd Allah bukannya mengutamakan keselamatan diri saya ttp lbh mengutamakan keselamatan anak- anak, isteri & keturunan saya dari sgl sihir & santau. Sekiranya ditakdirkan keturunan saya disihir, disantau biarlah saya yg menanggung menyerap kesemuanya krn tlh merasai betapa azab & deritanya keimanan digugat disihir, disantau mampukah isteri, anak- anak & keturunan saya menanggungnya. Saya pun berdoa memohon kpd Allah supaya sgl sihir & santau yg ditakdir kpd ibuku, isteri anak cucu & keturunanku biar saya yg menerimanya.

Seterusnya saya berdoa memohon kpd Allah supaya Allah sembuhkan diri, rohaniah & jasmaniah saya sesihat- sesihatnya. Alhamdullillah bisa- bisa santau dapat dibinasakan dgn zikir tauhid La ilaha illallah, zikir Nurullah, zikir Zatullah, zikir Kun & zikir Karomah. Syirik santau yg menyerang roh dibinasakan dgn air doa hikmah yg terkandung himpunan doa Arasy, Yaasiin 7 Mubin, Al- Mathurat, Bismillah 6, salawat Tafrijiyah & Al- Quran 30 juzuk. Setiap kali meneguk air doa tersebut hampir selama setahun saya akan menjerit tanpa merasa sakit menandakan anasir- anasir jahat yg berada di dlm tubuh saya tlh terbakar. Santau angin pula, apabila santaunya dibinasakan anginnya akan duduk di dlm badan. Selama 2 tahun angin yg tinggal di dlm badan dikeluarkan secara sendawa angin ketika mandi himpunan air doa di atas yg dicampur ke dlm baldi air mandi. Selepas disantau saya merawat diri saya dgn lbh tekun shg sembuh.

Allah sediakan silibus pelajaran Nya dlm menguji sama ada saya mampu lulus ujian Nya. Pengalaman dapat melihat alam ghaib kalimah La ilaha illallah yg berbentuk naga Allah yg berwarna merah, hijau, biru & sbgnya benar- benar menakjubkan. Dari mulut naga kalimah turun kalimah berbentuk kalimah La ilaha illallah berdiri tegak bersolat, kalimah rukuk, kalimah sujud & kalimah duduk tasyahud. Melihat jin berzikir di mana kalimah La ilaha illallah berputar ligat tanpa henti bercahaya mengelilingi seluruh tubuhnya di mana kalimah ALLAH unggul ber NUR gemilang di dlm kalimah La ilaha illallah. Melihat khadam surah Al- Ikhlas & pembantunya berpakaian serba putih melaksanakan pembedahan mata ke atas ibu mertua10 malam terakhir bulan Ramadan di mana peralatan bedah bekas bedah, pisau, guntingnya semuanya drpd emas bercahaya dgn Nur Hikmah perubatan dari Arasy & bermacam- macam lagi anugerah yg Allah ajar serta tunjukkan kpd saya sbg pelajaran. Selesai belajar saya serahkan semuanya kpd Allah dgn melakukan solat hajat.


Anugerah yg masih ada pd diri saya ialah anugerah mengimbas penyakit dgn mata basirah & membuka kitab kehidupan pesakit yg berkaitan dgn penyakitnya sbg rujukan fail pesakit doktor di hospital. Stlh berjaya merawat diri saya, keluarga saya, saudara mara terdekat, kini kaedah rawatan berkembang kpd masyarakat luar. Kaedah rawatan dinamakan PERUBATAN RAWATAN ISLAM AL-SUFI . Saya berkongsi pengalaman saya in sha Allah akan menjadi renungan bersama.


Wallahu a' lam.


Perawat Islam Abdul Halim.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan